Wednesday, July 20, 2011

RENUNGAN.....VOL.2/2

6. BERANI itu bukan pada JATUHnya...tetapi BERANI itu pada BANGUNnya seseorang daripada JATUHnya dan itula kunci keberhasilan dalam hidupnya

- Peribahasa Cina -

7. Hargai lah dan Pertinggikanlah peribadimu. Orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan nilai harga diri anda dan seharus juga selalu mencuba untuk mempertinggikan nilai peribadimu itu

- Prof. Syed Hussein Al-Attas -

8. DOSA yang paling keji kita kepada rakan-rakan bukanlah kerana MEMBENCI mereka tetapi kerana kita BERMUKA-MUKA dengan mereka

- George Bernard Shaw -

9. Bagaimana PINTARNYA seseorang, fikirannya tetap tidak akan mencakupi segala PERSOALAN. Bertambah TINGGI kedudukan seseorang, semakin bertambah jelas lah KELEMAHAN-KELEMAHANNYA

- HAMKA -

10. Hanya LIDAH yang mahu BERDUSTA dan BERBOHONG. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tangannya, langkah kedua-dua kakinya, dan sikap tubuh atau seluruh anggota badannya akan MEMBOHONGKAN apa yang diucapkan oelh LIDAH.

- Saidina Ali bin Abi Talib -

Wallahua'lam..

3 comments: