Followers

fizaiz cookies

fizaiz cookies
RM 10/balang.tempahan?contact 012-595 3789 (fizah)

Thursday, July 21, 2011

akhirnya....

malaysia tewas kepada chelsea dengan 1-0...hmm..ok la..walau pun gol tu macam xgol je..haha..awal2 main tgok chelsea cam sengajka je sepak x hala ke gol..asyik keluar je..haha..tp bila dah makin hujung2 tu dah nampak macam bersungguh2 nak score..haha..so far, apepun, main2 ke..mmg main ke..yg penting player2 malaysia dapat pengalaman main ngan world class player...:) n credit too for defender...boleh puji aa...hehe..

mudah2an player2 dari malaysia dapat meneruskan rentak dan tidak ketandusan bakat2 di masa akan datang...

footnote: td kat kedai dah la bising..ok  lg la..dah nama pun siaran bla...tp ada sekor ni mamat ni , tau la sokonh chelsea, tp jgn aa peleceh playe rmalaysia!!!!huh..GRRRR.....

CHELSEA VS HARIMAU MUDA

Hmmmmmm....agak2nya sape la menang ye..hehehe...nak kuar ni..nak g tgok kat kedai makan..harap2 astro ada la tunjuk live :) try kat life streaming ( btl kot ejaan) haha..tp slow amat2...ini kalo tgok kat ctu..org lain dah menjerit gollll...kite lambat...haha..mana boleh..xfeel aa...

ok chayok2..nak kuar dah...:)

Wednesday, July 20, 2011

RENUNGAN.....VOL.2/2

6. BERANI itu bukan pada JATUHnya...tetapi BERANI itu pada BANGUNnya seseorang daripada JATUHnya dan itula kunci keberhasilan dalam hidupnya

- Peribahasa Cina -

7. Hargai lah dan Pertinggikanlah peribadimu. Orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan nilai harga diri anda dan seharus juga selalu mencuba untuk mempertinggikan nilai peribadimu itu

- Prof. Syed Hussein Al-Attas -

8. DOSA yang paling keji kita kepada rakan-rakan bukanlah kerana MEMBENCI mereka tetapi kerana kita BERMUKA-MUKA dengan mereka

- George Bernard Shaw -

9. Bagaimana PINTARNYA seseorang, fikirannya tetap tidak akan mencakupi segala PERSOALAN. Bertambah TINGGI kedudukan seseorang, semakin bertambah jelas lah KELEMAHAN-KELEMAHANNYA

- HAMKA -

10. Hanya LIDAH yang mahu BERDUSTA dan BERBOHONG. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tangannya, langkah kedua-dua kakinya, dan sikap tubuh atau seluruh anggota badannya akan MEMBOHONGKAN apa yang diucapkan oelh LIDAH.

- Saidina Ali bin Abi Talib -

Wallahua'lam..

Tuesday, July 19, 2011

RENUNGAN.....VOL.1/2


1. Tidak lah dapat kita mengenali peribadi seseorang melainkan pada 3 waktu iaitu :
 tidak dapat mengetahui die itu seoang pemaaf kecuali ketika dia dalam keadaan marah , tidak dapat dikenal dia seorang sahabat melainkan tika waktu susah, dan tidak dikenal akan orang yang berani itu melainkan pada waktu berjuang
                                        -  LUQMANUL HAKIM -

2. Sebesar-besar atau seberat-berat urusan jangan lah dihadapi dengan muka yang berkerut. Kerut muka itu dengan sendiri nya akan menambah kerutnya pekerjaan
                                                -  HAMKA -

3. Makanan yang selemak-lemaknya adalah lidah dan hati DAN makanan yang sebusuk-busuknya juga adalah lidah dan hati

                                             -  LUQMANUL HAKIM -

4. NASIHAT sering tidak dihargai. Malah mereka yang paling memerlukan pula merupakan orang paling tidak MENYUKAINYA

                                                    - SAMUEL JOHNSON -

5. Orang yang tenang adalah orang yang bersedia menghadapi perkara yang tidak disangkakan, mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang

                                                 - GEORGE SANTAYANA -

Monday, July 18, 2011

Bekerja Demi Sesuap Nasi

Berapa ramai hari ini yang bersyukur dengan kerja yang mereka ada sekarang.
ketika kite sekarang sedang menanggung AMANAH kerja yang telah dibebankan ke atas kita...lagi2 bagi yang kerja kerajaan, adakah kita pernah terfikir bahawa gaji yang kite terima setiap bulan yang diberikan oleh majikan kita itu amat2 lah besar rahmatnya buat diri sendiri dan juga keluarga..

sedarlah bahawa gaji yang kita terima tu, bukan lah 100% semuanya hak milik kita!! yang kita guna dari duit tu untuk membeli barang keperluan harian dan untuk makan itu je hak kita..yang lain tu HAK ORANG LAIN yang telah diamanahkan dan disalurkan oleh ALLAH kepada kita...itu hak ANAK2 kita, HAK adik-beradik kita, HAK IBU BAPA dan MERTUA kita...HAK JIRAN2, HAK RAKAN2, HAK mereka yang bekerja, HAK MASYARAKAT setempat.dan hak RAMAI ORG LAGI....jadi yang sebenarnya yang benar2 menjadi hak kita hanya lah sedikit sahaja...hanyalah untuk SESUAP NASI..yg lain nya samada harta benda, pakaian, material, saguhati, belanja org mkn, sedekah, bayar bil2, bayar loan, hutang2 dan lain2 tu sume merupakan jalan untuk kita serah hak kepada mereka yang sepatutnya.

jadi sesungguhnya BERSYUKURLAH kita kepada-NYA dan carilah REDHA-NYA dan KEBERKATAN dari rezeki yang dikurniakan-NYA..


wahai kawan2, bersyukurlah dan bersifat lah dengan sifat QANA'AH ( sentiasa merasa mencukupi ) sesungguhnya pesan ALLAH dalam quran, ' jika kamu bersyukur dengan nikmat yang aku berikan, akan aku tambah nikmat itu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku itu amatlah pedih!' aukamaQal


apepun coretan ini ditulis setelah terbaca dari satu artikel rakan blog yang terjumpe ketika BW, 'Bosan Dgn KERJA' mcm tu la lbh kurang tajuknya...(terima kasih tersangat pd entry beliau)


ketika kite sedang dengan mudahnya mendapat duit tiap2 bulan cucuk ATM, ada insan diluar sana membanting tulang demi mendapat sesuap nasi..pernah kite bertanya kepada pakcik2 driver bas kenapa die bekerja? pernah kite bertanya pakcik2 penoreh getah kenapa menoreh walau dah tua2 dan sakit2? pernah kite tanya makcik2 kalendan bas/tukang jaga kaunter tiket/ makcik2,pakcik2 jaga/pernah kite bersembang dengan cleaner2, dgn gaji yang bape sen die dapat sebulan ( barangkali taraf miskin tegar pun ada ) kenapa tua2 masih bekerja lagi???? cubala la kite menyembang dgn pakcik2/makcik2 yang dah tua2 tp masih bekerja keras ni sekali sekala....percayalah...ratanya2 Insya Allah jawapannya demi mencari sesuap nasi dan untuk bagi keluarga makan..xde benda lain yang MEREKA2 ini fikirkan melainkan untuk isi perut keluarga mereka walaupun mereka sendiri terpaksa ikat perut / hutang sana sini dan macam2 lagi... jadi kite yang sudah ada kerjaya ini, bersyukurlah...dan infak kan lah pada mereka yang memerlukan semampu yang boleh...


hmmmm...meleret2 la plak membebel dan mungkin tak teratur sikit..tp apepun, artikel yang terbaca dekat blog yang saya jumpe tu benar2 menusuk kalbu...muhasabah la kawan2, adik2, abang kakak...hidup kite ni x lama...:( esok2 mati jugak kita..dah xde ape yang berguna bila tiba masa tu...

NUKILAN KU YANG PERTAMA ( Muhammad Faiz )

Bismillahirrahmanirrahim...

Dgn nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.... Ku mohon pada Mu Ya ALLAH agar menjaga tutur bicara tinta ku ini supaya tidak melahirkan kata2 dusta, fitnah, mendahulukan emosi dan membiarkan kedangkalan akal menguasai tutur bicara. mudah2an niat hamba mu ini dalam memulakan buat kali pertama mencoret di dalam blog ini memperoleh kebaikan dan mendatangkan redha mu Ya ALLAH.

kepada pembaca , pelawat dan sesiapa sahaja yang ke blog ini, andai ada salah dan silap dalam setiap tutur bicara yang tertera, mohon lah diperbetulkan moga2 kita sama2 memperoleh kebaikkan darinya.

Sunday, July 17, 2011

TAHLIL dan DOA ARWAH...BAGAIMANA CERITANYA..

DEDIKASI DARIPADA BLOG : http://suparjo.blogspot.com/?expref=next-blog

Sila lah tuan2,puan, ustaz2 yg ke blog ini dan sesape sahaja emmberi lontaran pendapat dan komen..saya tidak mahu mengatakan ianya OK atau tidak di sini..sila lah utarakan pandangan dan pendapat anda..Terima Kasih dan moga Allah memelihara kita dari tersalah membuat hebahan pemikiran/pendapat


AHAD, JULAI 03, 2011

KENDURI Tahlil adat resam kita....

(catatan di bawah merupakan risalah yang saya berikan kepada rakan-rakan di desa. Dalam tempoh sebulan ini padat dengan adat resam yang disangka perintah Allah. )


KENDURI TAHLIL KIRIM ARWAH BUDAYA KITA….

CATATAN ini untuk mereka yang jujur mencari kebenaran di sisi Allah dan rasul-Nya.  Juga, untuk mereka yang menyerah diri kepada kebenaran serta meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas, di samping menjaga sunah Rasulullah.

Maaf tuan-tuan, apakah kenduri tahlil kirim arwah itu sunah nabi atau adat resam Melayu?  Berdasarkan budaya dan pemahaman yang selama ini dipegang, nampaknya kebanyakan kita percaya kenduri tahlil kirim arwah itu adalah ajaran agama.  Jika kenduri arwah yang popular itu ajaran agama Islam, tentulah dalil-dalilnya sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih.

Maksud kenduri tahlil kirim arwah itu jelas bentuk bacaan-bacaan beberapa surah dalam al-Quran dan ayat-ayat pilihan lain.  Semua itu dirangkum dinamakan Tahlil Arwah dan bacaan itu pahalanya diniatkan untuk dikirim atau dipindahkan kepada mana-mana arwah keluarga kita.

Mula-mula kita tanya: Adakah pahala dan dosa seseorang boleh dipindah-pindahkan kepada orang lain?  Jika kita kaji dalam agama Kristian, memang jawabannya ‘Ya’.  Dalam Kristian satu akidah utamanya ialah Dosa Warisan iaitu dosa Nabi Adam di syurga diwariskan kepada manusia sehingga seorang yang dinamakan Jesus merelakan dirinya disalib sebagai menebus dosa warisan itu.

Selama ini kita membaca beberapa surah dan ayat al-Quran kemudian pahalanya dikirimkan kepada si mati.  Tujuannya ialah supaya si mati di alam barzakh mendapat faedah daripada bacaan kita di dunia ini.  Adakah perkara yang sebegini penting tidak dijelaskan dalam al-Quran? Adakah agama Islam mengajarkan bahawa dosa dan pahala seseorang boleh diwariskan atau diagih-agihkan kepada orang-orang lain, khasnya kepada orang mati? 

Kita temui ayat 46 surah al-Fushilat bermaksud: Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa berbuat kejahatan maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri.  Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.

Ini bermakna perbuatan memindahkan pahala jelas tidak betul. Pahala dan dosa tidak boleh dipindah atau dikirimkan kepada sesiapa. Pahala dan dosa adalah tanggungan diri sendiri.  Ayat di atas sangat jelas berlawanan dengan pemahaman kita yang mendakwa pahala boleh dikirim kepada arwah dan si arwah akan mendapat manfaat daripada itu.

Mungkin ada sahabat kita akan mencari dalil akal seperti, “kita buat juga Kenduri Tahlil, biarlah Allah tentukan sama ada Dia hendak terima atau tidak.”  Jika begitu, ertinya kita akan membuatnya juga sekalipun jelas berlawanan dengan firman Allah.  Berdasarkan hadis sahih nabi, perbuatan itu sia-sia atau tidak berguna di sisi Allah.

Maksud sabda Rasulullah: Barangsiapa yang melakukan satu amal ibadah yang bukan daripada suruhan kami, maka ia tertolak.  (Riwayat Muslim)

Lagi maksud sabda Rasulullah: Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara yang tidak ada padanya, maka ia tertolak. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah mengatakan amal yang tidak baginda tunjukkan caranya, dan kita membuatnya sendiri, amal itu sia-sia.  Kenduri Tahlil tidak ada contoh dan termasuk dalam perkara sia-sia.  Sia-sia bermakna kosong, tidak ada apa-apa.  Jadi tidak perlulah kita nak buat juga dan membiarkan Allah tentukan sama hendak menerima atau menolaknya.  Tuan-tuan yang budiman, Islam agama yang jelas, bukan dalam proses cuba-cuba lagi!

Mungkin ada sahabat kita memberi komen, “Tahlil ini sudah menjadi kebiasaan umat Islam sejak zaman nenek moyang, tak kanlah mereka salah.”

Keraguan seperti ini pun dijelaskan dalam al-Quran ayat 170 surah al-Baqarah bermaksud: Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah’, mereka menjawab ‘(tidak) Kami mengikuti apa yang kami dapati daripada nenek moyang’.  Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk.

Satu kesimpulan penting daripada catatan ini ialah membentuk pendirian sejati seseorang muslim.  Apakah pendirian kita setelah dibuktikan Kenduri Tahlil itu berlawanan dengan al-Quran dan sunah nabi?  Allah mengajar kita dalam surah al-Ahzab ayat 36.

Maksudnya:  Dan tidaklah sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan itu.  Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.

Ayat 51 surah an-Nur pula (maksudnya): Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunah rasul-Nya sebagai hakim memutuskan perselisihan di antara mereka, iaitu mereka berkata ‘Kami dengar dan taat’.  Mereka itulah yang mendapat kejayaan.

wallahuaklam

Saturday, July 16, 2011

Aksi-Aksi Si comel ' WAFA '



AMBOI2..KEMAIN PENAT NYE..SEDAP SUNGGUH LA BOLEH TIDO..AMAN..DAN BERGAYA GTU!!HAHA ( like father like son :) )

 SEJUK MATA MEMANDANG..^,^ BLM SETAHUN SETENGAH DAH PANDAI SEMBAHYANG YE


TENGAH BUAT ASSIGNMENT KE TENGAH MAIN GAME TU..AMBOI2 KHUSYUKNYE...

Friday, July 15, 2011

game online free tetapi....

www.travian.com.my


ni antara game2 online free yg byk diiklankan di laman2 sesawang..tp percaya la..game2 yg se spisis sama cam gni..sume melalaikan je..agenda YAHUDI belaka ni...mmg main free..tp dok ngadap bendallah ni xabis2...n sape2 yg dah expert main byk kali..n nak advance or ada kelebihan dari org lain, kena la beli gold n somthing else like that...ate, berbayor le kalo nak beli gold tu...huh..bukan sikit2..kalo satu sesi main tu sampai setahun kekadang lebih...kalo sebulan 30 ringgit, setahun dah bape byk...


kalo yg beginner..kalo yg dah expert, dah keamruk game..sebulan RM100 pun ada..aduhai la...


for those yg melayan benda2 ni..udah2 ler..bawak2 la stop...kalo tgh main tu..jadikan la itu yang terAKHIR!!!


baik g simpan dalam ASB or what else..lagi untung tahun2 dapat dividen..hehe


p/s : kepada yang belum terjebak..jgn COBA2 ya!!hehe


adios!

Tuesday, July 12, 2011

NOTHING...

her husband just try to use this blogspot..hahaha....

this owner still in kg!!:)

for all her member's, she kirim salam 4 u all..TQ.hehe

Labels

2011 (1) adik wafa (2) anniversary (2) announcement (2) apa2 aje (3) artis (2) award (1) balik kampung (1) bengang (1) birthday (4) bisnes (7) blogger (5) Blogshop (1) bola (6) bola sepak (3) Cloth Diapers (3) contest (8) cookies (2) Digi (1) Dinner (1) DIY (1) donut (1) Extreme Cheesy 6 (1) family (10) fizaizonlineshop (1) Free Sample (1) GA (36) GA Family (1) game (1) Getuk Ubi (1) hadiah free (1) hadiah GA (1) header (1) HeartBeat (1) Hubby (3) iklan (1) Iman (9) info (2) interview (1) iPhone4 (1) isu semasa (8) jahitan (3) jalan2 (3) kampung (2) kecik studioz (1) kek (2) kerja (8) kesihatan (1) klinik (1) KPLI (1) kristal (1) Makan2 (6) marhaban (2) masak memasak (8) me (38) Mei-tai (1) memory (1) meniarap (1) menjahit (1) mood (1) movie (1) mrsm (1) mutiara (1) my blog (19) my family (2) my GA (9) my life (1) my love (2) ngeri (1) nothing (2) nuffnang (28) open house (2) opinion (1) Our Life (8) Our Love (18) Perlis (1) pizza hut (1) pregnancy (9) promotion (1) ptptn (1) puasa sunat (2) raya (10) reminder (2) Renungan (1) result GA (2) RM (1) Ruam (1) runner aka tshirt Agent (1) sabah (1) selsema (1) song (1) spam (1) Strawbearu (8) streamyx (2) stress (1) sukan (2) tag (2) tart nenas (1) teether (1) telekung kanak-kanak (1) tips (1) travian (1) tshirt (4) Wafa (50) wafa. breasfeed (2) walker (3) winner (1) wish (2)