Dicedok dari www.iluvislam.com
ok, sangat suka bila jmpa tips ni kt FB one of my fren..:) meh kita manfaatkan bersama ye..:)
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
** ia adalah entry yg dicopy-paste ye..tp saya dh baca dulu..hehe..selamat beramal!:) saya pn nk try tips2 ni..mudah2an berjaya la insyaallah..:)
4 comments:
tips yg bgus..(^,^)
info yang sangat berguna...tq for sharing...
abis tu,yg berjaga mlm jaga ank tu camner plak yer?!
huuuuuuuuuuuu..
sadis!
sama2;) bleh la cuba2 amalkan..hehe.alamak..yg kes jaga anak..(mcm saya juge..hehe..), cuba jugak la..mana tau menjadi..ahaksss..jaga anak tu pn ibadah..jgn lupa tu:)
Post a Comment