Sila lah tuan2,puan, ustaz2 yg ke blog ini dan sesape sahaja emmberi lontaran pendapat dan komen..saya tidak mahu mengatakan ianya OK atau tidak di sini..sila lah utarakan pandangan dan pendapat anda..Terima Kasih dan moga Allah memelihara kita dari tersalah membuat hebahan pemikiran/pendapat
AHAD, JULAI 03, 2011
KENDURI Tahlil adat resam kita....
(catatan di bawah merupakan risalah yang saya berikan kepada rakan-rakan di desa. Dalam tempoh sebulan ini padat dengan adat resam yang disangka perintah Allah. )
KENDURI TAHLIL KIRIM ARWAH BUDAYA KITA….
CATATAN ini untuk mereka yang jujur mencari kebenaran di sisi Allah dan rasul-Nya. Juga, untuk mereka yang menyerah diri kepada kebenaran serta meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas, di samping menjaga sunah Rasulullah.
Maaf tuan-tuan, apakah kenduri tahlil kirim arwah itu sunah nabi atau adat resam Melayu? Berdasarkan budaya dan pemahaman yang selama ini dipegang, nampaknya kebanyakan kita percaya kenduri tahlil kirim arwah itu adalah ajaran agama. Jika kenduri arwah yang popular itu ajaran agama Islam, tentulah dalil-dalilnya sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih.
Maksud kenduri tahlil kirim arwah itu jelas bentuk bacaan-bacaan beberapa surah dalam al-Quran dan ayat-ayat pilihan lain. Semua itu dirangkum dinamakan Tahlil Arwah dan bacaan itu pahalanya diniatkan untuk dikirim atau dipindahkan kepada mana-mana arwah keluarga kita.
Mula-mula kita tanya: Adakah pahala dan dosa seseorang boleh dipindah-pindahkan kepada orang lain? Jika kita kaji dalam agama Kristian, memang jawabannya ‘Ya’. Dalam Kristian satu akidah utamanya ialah Dosa Warisan iaitu dosa Nabi Adam di syurga diwariskan kepada manusia sehingga seorang yang dinamakan Jesus merelakan dirinya disalib sebagai menebus dosa warisan itu.
Selama ini kita membaca beberapa surah dan ayat al-Quran kemudian pahalanya dikirimkan kepada si mati. Tujuannya ialah supaya si mati di alam barzakh mendapat faedah daripada bacaan kita di dunia ini. Adakah perkara yang sebegini penting tidak dijelaskan dalam al-Quran? Adakah agama Islam mengajarkan bahawa dosa dan pahala seseorang boleh diwariskan atau diagih-agihkan kepada orang-orang lain, khasnya kepada orang mati?
Kita temui ayat 46 surah al-Fushilat bermaksud: Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa berbuat kejahatan maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
Ini bermakna perbuatan memindahkan pahala jelas tidak betul. Pahala dan dosa tidak boleh dipindah atau dikirimkan kepada sesiapa. Pahala dan dosa adalah tanggungan diri sendiri. Ayat di atas sangat jelas berlawanan dengan pemahaman kita yang mendakwa pahala boleh dikirim kepada arwah dan si arwah akan mendapat manfaat daripada itu.
Mungkin ada sahabat kita akan mencari dalil akal seperti, “kita buat juga Kenduri Tahlil, biarlah Allah tentukan sama ada Dia hendak terima atau tidak.” Jika begitu, ertinya kita akan membuatnya juga sekalipun jelas berlawanan dengan firman Allah. Berdasarkan hadis sahih nabi, perbuatan itu sia-sia atau tidak berguna di sisi Allah.
Maksud sabda Rasulullah: Barangsiapa yang melakukan satu amal ibadah yang bukan daripada suruhan kami, maka ia tertolak. (Riwayat Muslim)
Lagi maksud sabda Rasulullah: Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara yang tidak ada padanya, maka ia tertolak. (Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah mengatakan amal yang tidak baginda tunjukkan caranya, dan kita membuatnya sendiri, amal itu sia-sia. Kenduri Tahlil tidak ada contoh dan termasuk dalam perkara sia-sia. Sia-sia bermakna kosong, tidak ada apa-apa. Jadi tidak perlulah kita nak buat juga dan membiarkan Allah tentukan sama hendak menerima atau menolaknya. Tuan-tuan yang budiman, Islam agama yang jelas, bukan dalam proses cuba-cuba lagi!
Mungkin ada sahabat kita memberi komen, “Tahlil ini sudah menjadi kebiasaan umat Islam sejak zaman nenek moyang, tak kanlah mereka salah.”
Keraguan seperti ini pun dijelaskan dalam al-Quran ayat 170 surah al-Baqarah bermaksud: Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah’, mereka menjawab ‘(tidak) Kami mengikuti apa yang kami dapati daripada nenek moyang’. Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk.
Satu kesimpulan penting daripada catatan ini ialah membentuk pendirian sejati seseorang muslim. Apakah pendirian kita setelah dibuktikan Kenduri Tahlil itu berlawanan dengan al-Quran dan sunah nabi? Allah mengajar kita dalam surah al-Ahzab ayat 36.
Maksudnya: Dan tidaklah sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan itu. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.
Ayat 51 surah an-Nur pula (maksudnya): Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunah rasul-Nya sebagai hakim memutuskan perselisihan di antara mereka, iaitu mereka berkata ‘Kami dengar dan taat’. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.
wallahuaklam
3 comments:
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya "(HR. Ibnu Majah).
Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut.
1. Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku yang berguna dan mempublikasikannya.
2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala yang diterima oleh kanak-kanak tadi.
3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.
4. Membangun masjid. Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang beribadah di masjid itu.
5. Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang bepergian untuk kebaikan. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.
6. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin banyak orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
7. Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Sekadar ingin berkongsi. Apa yang hangat gege gegok di Masjid, Surau & juga di kedai kopi berkenaan "Tahlil". Sebelum kematian arwah TGNA berkenaan dengan tahlil ni tidak lah hot mana. Kalau sebelum ini Para Lebai lambat di ajak ke tempat tahlil mereka bersegera walaupun orang belum turun lagi dari Masjid. Namun sepeninggalan arwah TGNA timbul konflik " No Tahlil ". " Bolehkah Transfer Pahala "
Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 )
Antara dalil utama mereka adalah :-
a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )
b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )
c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)
Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :
* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له
Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"
Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)
Kesimpulannya terpulang pada keluarga si mati nak bertahlil atau tidak tetapi janganlah mudah membid'ahkan serta mengatakan orang lain sesat. Cukuplah umat bertambah keliru dan pening kerana kita saja yang benar orang lain semua tidak betul.
Wallahua'lam

Post a Comment